Wednesday, June 15, 2011

Al-fatihah Adhameruddin Omar

Aku rasa semua dah tau benda ni. Tapi aku rasa better aku tulis dalam ni. Boleh dibaca bila2 sebagai peringatan atau rujukan pada masa depan.


Tengah hari tadi, tiba2 aku dapat berita. Terkejut. Berita Adhameruddin Omar sudah kembali ke rahmatullah. Dengar ceritanya sebab lemas ketika bermandi manda di Sg Lembing.


Arwah yang merupakan Timbalan ketua pengawas 2006 cukup ramah dengan sesiapa saja. Junior mahupun senior. Sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti2 yang dianjurkan sekolah. Tak cukup satu entri kalau aku nak cerita pasal arwah ni. Dan aku rasa aku bukan lah orang yang layak untuk bercerita pasal beliau.

Apa2pun, buat ini peringatan bagi yang masih hidup. Ajal datang tak kira usia. Anytime. Semoga kita semua sentiasa bersedia. Siapkan bekalan amalan untuk dibawa ke dunia selepas ni. Ni tujuan utama aku tulis entri ni sebenarnya.

Bagi yang tinggal berdekatan, boleh la melawat keluarga arwah. Beri penghormatan terakhir.
Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Moga ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Al-fatihah.
Kalau ada info tambahan, boleh la masuk kat komen atau directly share kat Facebook group.


Read More......