Sunday, January 8, 2012

Job hunting tips

Kepada bakal graduate yang tengah mencari kerja, kepada yang tak puas hati dengan kerja sekarang dan mahu mencari kerja baru, jemput2 baca. Free2, sekupang pun tak kena.

Dah tu, nak bagi tips apa hari ini? Hari tu aku ada google, saja aku kongsi. Info ciput je aku rasa.

Soalan: Patut kita nyatakan expected salary dalam surat/email apply kerja @ cover letter?

Jawapan: Baik jangan. Tak perlu.

Sebab: Ia mengehadkan ability untuk negotiate/bargain gaji dari mula2 lagi. Kalau depa mintak, letak dan besarkan range expected salary. Mudah. Bila ditanya time interview, maybe boleh try jawab, "negotiable" (kalau diorang tanya jugak, cakap. tapi hang kena la buat research dulu la berapa range gaji sesuai dengan kelulusan/kelayakan hang. status syarikat pun kena amik kira - jenis business, saiz syarikat etc). Dan elok jangan hang yang mula tanya pasal gaji pada 1st interview (in case interview tu ada banyak kali). Sebab tanya pasal gaji adalah terbaik bila diorang mula hire hang.

Eh, dah terlajak masuk sampai part interview?

"If you are earning higher than thier budjet, they may eliminate you. If you are earning less than thier budjet, you may miss out on a higher salary"
Ingat, kesilapan pada cover letter akan affect hangpa punya interview/peluang pekerjaan.

Sekian sahaja pendapat dari aku.

Tip negotiate salary ketika interview.

Soalan bonus: Tapi kan gaji tu salah satu faktor utama dalam pemilihan kerja? Kalau dah gaji rendah buat apa susah2 nak pegi interview? Buang masa buang duet.

Jawapan bonus: Yang ni aku 100% setuju. Tapi tanya directly bukan la cara terbaek. Baik tanya kenalan2 atau saudara mara yang berkerja dengan syarikat yang lebih kurang sama status/jenis (perkataan 'status' ni aku rasa macam tak kena. harap hangpa paham la) . Adehh. Soalan ni, payah aku nak menjawabnya ehh.

Okay aku pun dah tak ada pa nak share. Kalau hangpa ada info, boleh la drop kat komen di bawah. Aku pun tengah cari kerja b.t.w.

And... good luck u'olllz!

p/s: Ka aku sorang ja yang terpikiaq nak letak expected salary kat cover letter? Hahaha

Read More......

Saturday, July 30, 2011

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak

Ya, Ramadan datang lagi! (sila baca seperti iklan Ding Dang. "Ding Dang datang lagi!)



Macam biasalah, bulan posa ni banyakkan amalan. Banyakkan ibadat. Kurangkan maksiat. Cari malam 1000 bulan. Jangan dok buat perangai lama kat sekolah dulu. Habes kelas, orang pi surau semayang Zohor, depa naik dorm terus. Tibai megi. Insaf lah ya. :)

Wuih, kiut pulak rasa dok letak emoticon2 ni. Hihihi.

Sapa2 yang rasa murah rezeki tu, boleh la buat makan-makan sikit. Bulan2 posa ni menjamu orang berbuka puasa banyak pahala woo. Jangan dok tunggu raya baru nak buat open house. Tak gitu Pak Kem? Hehehe. Kalau rasa rezeki tak murah sangat, belanja member bukak posa kat kedai mamak pun cukup. Ikhlas tu penting. Kalau ada roger2 lah ya? Aku on saja. Hehehe.

Ni pasai pa aku dok banyak cerita pasai makan ni?


Mesej, jangan pakai baju ketat yang menunjukkan susuk tubuh menggiurkan seperti lelaki berbaju ungu diatas. Tak manis mata memandang.







p/s: hemesem siut lelaki berbaju ungu tu :D

Read More......

Wednesday, June 15, 2011

Al-fatihah Adhameruddin Omar

Aku rasa semua dah tau benda ni. Tapi aku rasa better aku tulis dalam ni. Boleh dibaca bila2 sebagai peringatan atau rujukan pada masa depan.


Tengah hari tadi, tiba2 aku dapat berita. Terkejut. Berita Adhameruddin Omar sudah kembali ke rahmatullah. Dengar ceritanya sebab lemas ketika bermandi manda di Sg Lembing.


Arwah yang merupakan Timbalan ketua pengawas 2006 cukup ramah dengan sesiapa saja. Junior mahupun senior. Sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti2 yang dianjurkan sekolah. Tak cukup satu entri kalau aku nak cerita pasal arwah ni. Dan aku rasa aku bukan lah orang yang layak untuk bercerita pasal beliau.

Apa2pun, buat ini peringatan bagi yang masih hidup. Ajal datang tak kira usia. Anytime. Semoga kita semua sentiasa bersedia. Siapkan bekalan amalan untuk dibawa ke dunia selepas ni. Ni tujuan utama aku tulis entri ni sebenarnya.

Bagi yang tinggal berdekatan, boleh la melawat keluarga arwah. Beri penghormatan terakhir.
Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Moga ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Al-fatihah.
Kalau ada info tambahan, boleh la masuk kat komen atau directly share kat Facebook group.


Read More......

Saturday, May 21, 2011

#panas : Dr Mohd Noor Azam batch 98-02 missing in action !


Keratan akhbar harian Metro 21.05.2011

Terkejut juga bila gua baca pasal berita ni. Mula-mula baca ingatkan sapa. Tapi lepas tgk wall post ramai senior yang post pasal ni. Baru gua ingt. Dia ni abg Azam form 5 waktu kita form 1 dulu. Dikatakan agak top student juga masa tu. Merupakan seorang biro agama, kadet trafik dan juga ahli bendahara.

Dia dilaporkan hilang 4 hari yang lalu. Entah kenapa, dimana dan dengan siapa. Jadi kita doakanlah agar tak jadi apa-apa yang tidak diingini. Sebagai saudara seIslam. :D

Read More......