Saturday, May 21, 2011

#panas : Dr Mohd Noor Azam batch 98-02 missing in action !


Keratan akhbar harian Metro 21.05.2011

Terkejut juga bila gua baca pasal berita ni. Mula-mula baca ingatkan sapa. Tapi lepas tgk wall post ramai senior yang post pasal ni. Baru gua ingt. Dia ni abg Azam form 5 waktu kita form 1 dulu. Dikatakan agak top student juga masa tu. Merupakan seorang biro agama, kadet trafik dan juga ahli bendahara.

Dia dilaporkan hilang 4 hari yang lalu. Entah kenapa, dimana dan dengan siapa. Jadi kita doakanlah agar tak jadi apa-apa yang tidak diingini. Sebagai saudara seIslam. :D

Read More......

Thursday, May 19, 2011

#memori : Tulis Line Sampai Lembek Tangan!


Kamu tahu di Mat Jiwa terdapat pembulian yang berunsurkan penderaan yang teramat superb!
Jika masih ingat dengan pekataan "Buat line", "Tulis line" dan sebagainya pasti membuatkan kita merasa amat menyampahkan jika diberi peluang kedua untuk hidup pada zaman itu. Haha!!

Ya, bagi Form 4 baru mestilah mereka tidak mengetahui apa itu tulis line atau buat line. Ini bukan buat line time assembly maupun buat line untuk amek nasi kat DM. Eh, amek nasi kat DM pon kena beratoq(beratur) juga la masa form 1 ngan form 2. Uh.. Seksa-seksa. Kena bratoq lama-lama lepas tu time nak amek nasi, nasi atau lauk abeh. Kena tunggu pula. Haih. begitulah nasib seorang junior.

Okay kembali kepada tulis line, tulis line itu merupakan penderaan zahir dan batin yang memerlukan motivasi dan keazaman yang tinggi. Tulis line disini merujuk kepada senior menyuruh junior menulis ayat yang sama berulang-ulang kali pada kertas kajang bersaiz A4 sebanyak mana yang dia suka. Paling banyak yang penah aku igt adalah 1000 line!

Banyak peristiwa mengenai tulis line ni. Salah satu yang paling grand adalah ketika batch kita masa form 1 buat bising dalam surau. And then, kena wat line dengan tulisan berbunyi :
Saya berjanji tidak akan buat cib*i lagi
Sebanyak 1000 line kot aku rasa depa kena buat. (aku tak tau sebab aku balik rumah masa tu. Homesick). Hehe. Jadi berbagai method yang digunakan oleh saim2 kita ni utk menyiapkan kerja sekolah yang sangat-sangat urgent itu. Ya la, masa form 1, suma jadi kuli batak ja :D.
Ada yang kreatif skit, ikat dua pen dengan guna getah, jadi tulis skali jadi dua. Pergh. Tp byk jugak 500 line tu :D. Ada yang srupo ponde mnta bantuan kaum hawa tulis pon ada. Ish2. Kaum hawa plak sanggup tulis perkataan tu. Mmg agak tercalar kesopan santunan mereka. Ops. No offense :D

Kreativiti yang tiada tolak bandingnya

Tp dalam cerita ni, aku ingat ada seorang legend la. Nama beliau Abdullah Sobri. Dia tak buat pon line banyak-banyak ni. Dengan slumber dia masuk dorm form 5, dia kata

Saya tak mau la abg dapat dosa byk dengan saya tulis macam ni - Pak Lah Bri, 2002

Gambar Google Image Abdullah Sobri (sori gambar lu xda la bro)
Pergh, mmg senior pon tergamam, lepaskan begitu sahaja. Mmg dalam la kena paku ni. Pak Lah Bri, you're truely legend!!hahaha

Tapi, bukan sahaja para senior yang membuli dengan cara ni, para cikgu juga. Bagi sesiapa tulisan buruk macam aku ni, memang jadi mangsa. Selalunya cikgu BM la, ya lakan jenis tulis karangan 2-3 page. Nak baca pon menyampah tulisan buruk :D Contohnya (ada contoh plak) Iskandar ngan Lokman, haha. Kesian depa dua ni. Tu la, masuk lagi kelas pandai-pandai :D

Kesimpulan dia, baguih jugak tulis line ni, boleh exercise tangan nk lontaq peluru dapat 2 mata dalam sukantara. hahaha.

Read More......

Wednesday, May 18, 2011

#mitos : Hantu Green Lady Balik Rumah!

Oh dem... Masa khusyuk menyembang dengan membe-membe, teringat pulak cerita mitos yang paling legendaddy kat Mat Jiwa dulu. Green Lady.




Gambar : Mungkin ini rupa Green Lady? So Sexy. Iloike !

Siapakah sebenarnya gerangan Green Lady ini? Adakah sebuah cerita lagenda? penglipurlara oleh para-para Ex-Sains Kedah, Mitos? Hikayat? Chronicle? Ataupun dongeng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk membuat Mat Jiwa tu yang terletak di tengah-tengah bandar (memang strategik wa cakap lu) kelihatan berhantu ??!!

Sebelum membahas dengan lebih lanjut, biar aku terangkan dulu apa itu Green Lady. Kalau digoogle translate ertinya. Green = Hijau, Lady = Wanita. Maaflah, kebelakangan ni, aku sgt berminat dengan google translate sebab sangat senang dan best. :D Okay kita sambung balik Green lady. Jadi ertinya Wanita Hijau atau Hijau Wanita. Siapakah gerangan wanita hijau ini?

Wanita Hijau yang popular di SMSSMJ ini bukanlah budak2 perempuan yang rumah Temenggung maupun KRS (ops. tringat sesuatu. Hee) Green lady dikatakan hantu, bayangan gurauan, lembaga hitam/putih yang akan melawat anaknya (janin) di Makmal Biologi (milik abg Munir) yang dekat dengan tandas cikgu tu. Kalau anda masih ingat Geografi Matjiwa 2002-2006. Kalau skarang taktau la janin tu kat mana dah.

Dikhabarkan secara lisan tanpa hitam putih mengatakan Green Lady ini akan kembali melawat anaknya setiap 2 tahun skali (jika tak salah la). Jadi sesiapa yang bertuah akan nampak la lembaga ini berkeliaran di sekitar makmal bio itu. Memang seram pon tempat tu pada waktu malam jika tiada lampu. Tambahan pula tempat tu merupakan tempat melempiaskan nafsu para pelajar. Ehem.. jangan salah anggap. Situ kan ada watercooler. Untuk menghilangkan dahaga. Boleh minum sepuasnya disitu. Watercooler karat. WTF!

Ada juga cerita, Green Lady ni excident betul2 depan sekolah. Jadi janin dia terus amek diawetkan. Cerita ni skang langsung tak boleh pkai aku rasa. haha.

Jadi sepanjang duduk kat sekolah. Aku rasa sorang pon xpnah jumpa Green Lady ini. Mungkin Geng2 Peronda (Boye, Afiq, Ris, Bobby, Bulu) penah jumpa kot sebab kerja meronda ja. Lagi satu adik McRep yang 6th Sense tu mungkin boleh nampak jugak kot :D

Kesimpulan yang aku dapat buat disini, Green Lady itu hanya cerita yang dibuat-buat pada malam utk night walk maupun solo night dengan bertujuan untuk menakut-nakutkan junior. :D Itu pendapat aku. Kalau membe-membe nak argue kata penah nampak. Silakan. !


"GENG PERONDA 0206"

Read More......

Monday, May 16, 2011

#fact : 16 Mei Setiap Tahun adalah Hari Guru

"Bakpo nak marah chekgu? Chekgu ibaghat liling"

Inilah ungkapan dalam Oh Yeah! Rancangan Lawak di Astro yang diucapkan ZizanG. Walaupun dalam rancangan lawak tapi cukup memberi pengajaran pada kita semua.

  1. Ya. Semua orang ada Cikgu, Guru, Ustaz, Tok Guru, Sifu Tongga, Sensei dan macam-macam lagi la sebutan di dunia ni. Jenuhlah aku nk taip kan. Sila guna Google Translate untuk mengetahui sebutan lain-lain.
  2. Tahun 2011 tema hari Guru adalah "Guru penjana transformasi pendidikan negara".. ok, wtf la aku nk describe meaning tema ni sebab da lama aku tak belajar bahasa melayu atau lebih terperinci KOMSAS.
  3. Oleh kerana blog ini untuk batch SainsKedah 0206. Kami Semua mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada GURU di SMSSMJ yang mendidik kami, dari FORM 1 sampai FORM 5 dan juga ustaz-ustazah yang mengajar Kelas Al-Quran. Walaupun dimaki, dimarahi ada yang dipuji kami ikhlas hati meminta ampun dan halalkanlah ilmu selama anda semua mengajar kami :D (kena letak smiley seh)
  4. Kepada bakal-bakal guru tu. Jadilah guru yang baik-baik yang dapat beri contoh. Jangan jadi perosak kepada anak bangsa. Damn la aku baca paper pasal kes-kes cikgu ni. Sangat sadis. Nanti anak-anak member kita juga nk blajaq ngan hampa. Sila serius. Terapkan nilai-nilai Islam. Jgn amalkan pergaulan bebas !
Ini sahajalah celoteh gua pada hari guru ini. Sekian terima Kasih. Allahuakbar!

Read More......

Wednesday, May 11, 2011

Tahniah kepada yang tamat belajar

Seperti yang kita sedia maklum. Sudah lama beta x menaip di papan blog ini. Ini disebabkan ana sangat la bz dengan tugasan-tugasan ana. Padahal xdak apa-apa pon. Saja ja malas.

Mood xdak la nak taip. Bosang nak mapoh. Cuaca kat daerah khatulistiwa ni rata-rata amat panas. Sudah berapa hari tidak hujan. Ramai makhluk Allah mula menconteng di Wall facebook maupun tweeter mereka dengan ayat-ayat yang tidak tahan dengan ujian dari Allah S.W.T. MasyaAllah, jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Palestin. Memanglah jauh bezanya.

Haha. Sori mengarut telebih plak. Tapi apa salahnyakan aku taip ala-ala al-Hidayah sket :D.

Okay. Tujuan utama aku taip ni untuk menjemput seluruh warga SainsKedah untuk ke Majlis Pernikahan Abang aku. bertarikh 6 jun . dekat Kulim Kedah DA. Aku maybe balik time tu. Skian. Trima Kasih

Read More......