Sunday, January 8, 2012

Job hunting tips

Kepada bakal graduate yang tengah mencari kerja, kepada yang tak puas hati dengan kerja sekarang dan mahu mencari kerja baru, jemput2 baca. Free2, sekupang pun tak kena.

Dah tu, nak bagi tips apa hari ini? Hari tu aku ada google, saja aku kongsi. Info ciput je aku rasa.

Soalan: Patut kita nyatakan expected salary dalam surat/email apply kerja @ cover letter?

Jawapan: Baik jangan. Tak perlu.

Sebab: Ia mengehadkan ability untuk negotiate/bargain gaji dari mula2 lagi. Kalau depa mintak, letak dan besarkan range expected salary. Mudah. Bila ditanya time interview, maybe boleh try jawab, "negotiable" (kalau diorang tanya jugak, cakap. tapi hang kena la buat research dulu la berapa range gaji sesuai dengan kelulusan/kelayakan hang. status syarikat pun kena amik kira - jenis business, saiz syarikat etc). Dan elok jangan hang yang mula tanya pasal gaji pada 1st interview (in case interview tu ada banyak kali). Sebab tanya pasal gaji adalah terbaik bila diorang mula hire hang.

Eh, dah terlajak masuk sampai part interview?

"If you are earning higher than thier budjet, they may eliminate you. If you are earning less than thier budjet, you may miss out on a higher salary"
Ingat, kesilapan pada cover letter akan affect hangpa punya interview/peluang pekerjaan.

Sekian sahaja pendapat dari aku.

Tip negotiate salary ketika interview.

Soalan bonus: Tapi kan gaji tu salah satu faktor utama dalam pemilihan kerja? Kalau dah gaji rendah buat apa susah2 nak pegi interview? Buang masa buang duet.

Jawapan bonus: Yang ni aku 100% setuju. Tapi tanya directly bukan la cara terbaek. Baik tanya kenalan2 atau saudara mara yang berkerja dengan syarikat yang lebih kurang sama status/jenis (perkataan 'status' ni aku rasa macam tak kena. harap hangpa paham la) . Adehh. Soalan ni, payah aku nak menjawabnya ehh.

Okay aku pun dah tak ada pa nak share. Kalau hangpa ada info, boleh la drop kat komen di bawah. Aku pun tengah cari kerja b.t.w.

And... good luck u'olllz!

p/s: Ka aku sorang ja yang terpikiaq nak letak expected salary kat cover letter? Hahaha

Read More......