Tuesday, February 22, 2011

Gempa bumi lagi di Christchurch!

Kalau tengok berita hari ni, hangpa akan tau yang bandar Christchurch, New Zealand kena gempa bumi. Ya, kali kedua.

Yang kali ni walaupun ikut skala Ritcher 6.3 lagi kecik dari yang 1st iaitu pada Sept 2010 (7.1 skala Ritcher), tapi sebab pusat gegaran tak dalam sangat (ikut apa yang aku baca), so, dikatakan kerosakan lebih teruk.

Kalau hangpa heran awat aku tiba2 tulis cerita pasal Christchurch ni kat sini, member kita, Nazmi Aizat Azizan dok belajaq kat sana. Semoga dia tabah dengan malapetaka yang berlaku.

Mengikut berita terkini yang aku baca, 390 orang rakyat Malaysia di sana dilaporkan selamat. Alhamdulillah.

Berita melayu
Berita omputih (lebih info)

Kalau sapa2 ada infro terkini, bole lah letak kat ruang comment atau directly contact dengan aku. Nak share dengan suma.

Terima kasih.

Update:

*dengan status yang cukup bersahaja ni, terbuktilah beliau selamat. sekali lagi, syukur :)

No comments: