Kamu tahu di Mat Jiwa terdapat pembulian yang berunsurkan penderaan yang teramat superb!
Jika masih ingat dengan pekataan "
Buat line", "
Tulis line" dan sebagainya pasti membuatkan kita merasa amat menyampahkan jika diberi peluang kedua untuk hidup pada zaman itu. Haha!!
Ya, bagi Form 4 baru mestilah mereka tidak mengetahui apa itu tulis line atau buat line. Ini bukan buat line time assembly maupun buat line untuk amek nasi kat DM. Eh, amek nasi kat DM pon kena beratoq(beratur) juga la masa form 1 ngan form 2. Uh.. Seksa-seksa. Kena bratoq lama-lama lepas tu time nak amek nasi, nasi atau lauk abeh. Kena tunggu pula. Haih. begitulah nasib seorang junior.
Okay kembali kepada tulis line, tulis line itu merupakan penderaan zahir dan batin yang memerlukan motivasi dan keazaman yang tinggi. Tulis line disini merujuk kepada senior menyuruh junior menulis ayat yang sama berulang-ulang kali pada kertas kajang bersaiz A4 sebanyak mana yang dia suka. Paling banyak yang penah aku igt adalah
1000 line!Banyak peristiwa mengenai tulis line ni. Salah satu yang paling
grand adalah ketika batch kita masa form 1 buat bising dalam surau. And then, kena wat line dengan tulisan berbunyi :
Sebanyak 1000 line kot aku rasa depa kena buat. (aku tak tau sebab aku balik rumah masa tu.
Homesick). Hehe. Jadi berbagai method yang digunakan oleh saim2 kita ni utk menyiapkan kerja sekolah yang sangat-sangat urgent itu. Ya la, masa form 1, suma jadi kuli batak ja :D.
Ada yang kreatif skit, ikat dua pen dengan guna getah, jadi tulis skali jadi dua. Pergh. Tp byk jugak
500 line tu :D. Ada yang
srupo ponde mnta bantuan kaum hawa tulis pon ada. Ish2.
Kaum hawa plak sanggup tulis perkataan tu. Mmg agak tercalar kesopan santunan mereka. Ops.
No offense :D
Kreativiti yang tiada tolak bandingnyaTp dalam cerita ni, aku ingat ada seorang legend la. Nama beliau
Abdullah Sobri. Dia tak buat pon line banyak-banyak ni. Dengan slumber dia masuk dorm form 5, dia kata
Saya tak mau la abg dapat dosa byk dengan saya tulis macam ni - Pak Lah Bri, 2002
Gambar Google Image Abdullah Sobri (sori gambar lu xda la bro)
Pergh, mmg senior pon tergamam, lepaskan begitu sahaja. Mmg dalam la kena paku ni.
Pak Lah Bri, you're truely legend!!hahaha
Tapi, bukan sahaja para senior yang membuli dengan cara ni, para cikgu juga. Bagi sesiapa tulisan buruk macam aku ni, memang jadi mangsa. Selalunya cikgu BM la, ya lakan jenis tulis karangan 2-3 page. Nak baca pon menyampah tulisan buruk :D Contohnya (ada contoh plak)
Iskandar ngan
Lokman, haha. Kesian depa dua ni. Tu la, masuk lagi kelas pandai-pandai :D
Kesimpulan dia, baguih jugak tulis line ni, boleh exercise tangan nk lontaq peluru dapat 2 mata dalam sukantara. hahaha.
Read More......